Sintaksis
Apa itu sintaksis?
Ahli bahasa
mempunyai pelbagai takrifan terhadap ayat bergantung pada teori atau pendekatan
yang dianutinya.
syarat sesebuah
ayat ialah wujudnya fikiran yang lengkap
Menurut Blommfield
(1991: 170), sebanyak mana ayat yang diujarkan oleh seseorang, namun setiap
ayat itu bebas dan tidak terikat oleh satu bentuk linguistik yang besar. Hal
ini kerana ayat dianggap sebagai unit tatabahasa terbesar dan tertinggi.
Nik Safiah Karim et
al. (1993: 414) ialah unit pengucapan yang paling tinggi letaknya dalam susunan
tatabahasa dan mengandungi makna yang lengkap. Menurutnya, sebuah ayat mengandungi makna.
Arbak Othman (1989)
pula dalam bukunya Nahu Bahasa Melayu mengatakan:
“Ayat ialah satu ikatan perkataan yang
mengandungi subjek dan predikat. Ikatan perkataan ini mempunyai susunan berdasarkan tekanan, intonansi dan hentian
yang tertentu serta membawa satu fikiran atau idea yang lengkap."
Cabang ilmu bahasa
yang mengkaji bentuk, struktur, dan binaan atau konstruksi ayat.
Sintaksis bukan
sahaja mengkaji proses pembinaan ayat tetapi juga hukum-hukum yang menentukan
bagaimana perkataan disusun dalam ayat.
Ayat ialah binaan yang terdiri daripada unsur
ayat, iaitu unit-unit yang membentuk ayat.
Bahagian subjek dan
predikat, merupakan bahagian utama yang membentuk klausa atau ayat bahasa
Melayu.
Subjek dan prediket
pula mempunyai unsur-unsur, iaitu sama ada
Frasa nama (FN)
Frasa kerja (FK)
Frasa adjektif (FA)
Frasa sendi nama
(FS)
Frasa ialah satu
binaan atau unsur ayat yang terdiri daripada sekurang-kurangnya dua perkataan
atau jika terdiri daripada satu perkataan, ia berpotensi untuk diperluas menjadi
dua perkataan atau lebih.
Binaan Ayat
Bahagian subjek dan
bahagian predikat merupakan bahagian utama yang membentuk klausa atau ayat
dalam Bahasa Melayu.
Contohnya:
Cuthbert
makan nasi.
·
Binaan ayat biasanya merupakan Subjek + Predikat
·
Subjek pula biasanya terdiri daripada Frasa nama
·
Predikat pula terdiri daripada:
1. Frasa Nama (FN
2. Frasa Kerja (FK)
3. Frasa Adjektif (FA)
4. Frasa Sendi nama (FSN)
No comments:
Post a Comment