Kata ialah satu unit ujaran
yang bebas dan mengandungi makna, yang terdiri daripada satu atau
gabungan beberapa bentuk bunyi bahasa. Perkataan dimulai dan diakhiri oleh
sempadan perkataan. (Marzukhi Nyak Abdullah,1997).
1 Konsep kata dan Perpindahan Ayat
Perkataan
atau kata merupakan unsur yang terdapat dalam salah satu binaan ayat. Frasa
pula boleh terbina daripada satu atau beberapa perkataan yang mengandungi kata sama
ada kata nama, kata kerja,adjektif atau kata sendi nama. (Lutfi Abas ,1975).
Terdapat unsur lain seperti kata bantu atau kata penguat dalam sesuatu ayat. Sebagai contoh, terdapat ayat yang mempunyai kata adjektif seperti berikut:
(1). Ramli sangat pandai bermain skuasy.
(2). Maniam
itu baik
sungguh.
(3).
Kek lapis itu enak sekali.
Konsep perpindahan ayat pula adalah berasaskan pola ayat dasar yang jelas terdapat perbezaan urutan dalam pelbagai bahasa. Kedudukan sesuatu perkataan atau kelompok perkataan dan kebolehan berubah tempat dalam sesuatu binaan ayat juga memperlihatkan ciri perbezaan (Nik Safiah Karim et.al 2008). Sebagai contoh, perbandingan antara bahasa-bahasa di bawah:
a) Paulus Mariam Vidit (bahasa Latin)
Paulus = Paul
Mariam =Mary
vidit = melihat
Dalam hubungan tersebut, akhiran –us dan –am menentukan kata nama subjek dan kata nama objek. Oleh itu, kedudukan kata kerja tidak menjadi persoalan dan tidak menjejaskan makna ayat bahasa Latin tersebut. Sebaliknya, dalam bahasa Melayu, ayat Melihat Paul, Mary akan mengubah makna asal daripada bahasa Latin tersebut.
b) Min aina anta ? (bahasa Arab)
Min = daripada / dari
aina = mana
anta = kamu (lelaki)
Maksud terjemahan langsung [daripada mana kamu] kurang memberikan makna yang tepat dan gramatis dalam bahasa Melayu. Ayat bahasa Melayu yang lebih sesuai bagi bahasa Arab tersebut ialah kamu datang dari mana?
Oleh itu ,perbezaan urutan dalam pelbagai bahasa serta sistem bahasa yang berbeza-beza menjadikan bahasa itu sesuatu yang unik untuk dikaji dan digunakan
2 Ragam
Ayat
Konsep ayat telah pun diperkenalkan dalam penerangan sebelum ini. Dengan perkataan lain, ayat boleh terdiri daripada pelbagai bentuk variasi mengikut pola-pola yang tertentu.
Seterusnya, kita akan bincangkan tentang ragam ayat yang menjadi salah satu unsur dalam ayat. Terdapat dua jenis ragam dalam ayat. Ragam ayat terdiri daripada ayat aktif dan ayat pasif. Ayat aktif mengandungi kata kerja yang mengutamakan subjek asas sebagai judul. Ayat pasif pula mengutamakan subjek terbitan sebagai judul.
Hubungan antara ayat aktif dengan ayat pasif ialah perpindahan tempat frasa nama yang menjadi subjek dan objek ayat berkaitan.
Contoh:
(4) Ahmad makan nasi. (ayat aktif)
(5) Nasi itu dimakan Ahmad. (ayat pasif)
(6) Saya menanduk bola itu. (ayat aktif)
(7)
Bola itu saya tanduk. (ayat pasif)
(8)
Saya tendang bola itu. (ayat pasif yang mengalami pendepanan predikat)
2.2.1 Ayat aktif
Ayat aktif ialah ayat yang mengandungi kata kerja yang mengutamakan subjek asal sebagai unsur yang diterangkan. Ayat aktif terdiri daripada ayat aktif transitif dan ayat aktif tak transitif. Ayat aktif transitif ialah ayat yang mengandungi kata kerja transitif yang diikuti oleh frasa nama atau klausa komplemen sebagai objek atau unsur penyambut. Ayat aktif tak transitif ialah ayat yang mengandungi kata kerja yang tak transitif iaitu yang tidak diikuti oleh objek sebagai penyambut.
Contoh :
a) Ayat Aktif Transitif
Subjek
|
Predikat
|
|
Kata Kerja
Transitif
|
Objek
|
|
(9).
Pekerja
(10).
Budin
(11).
Air mata
|
membaiki
membeli
membasahi
|
jalan itu.
buah durian.
pipinya.
|
b) Ayat Aktif Tak Transitif
Subjek
|
Predikat
|
|
Kata Kerja Tak
Transitif
|
Objek
|
|
(12).
Kanak-kanak
(13).
Ombak
(14).
Diana
|
sedang mandi
memutih
menangis
|
di kolam itu.
di pantai Damai.
sepanjang
malam.
|
2.2.2 Ayat Pasif
Ayat pasif ialah ayat yang asalnya daripada ayat aktif transitif iaitu yang mengandungi kata kerja tetapi mengutamakan objek asal sebagai unsur yang diterangkan. Ayat pasif dalam bahasa Melayu digolongkan kepada tiga jenis iaitu:
a) Ayat pasif dengan imbuhan kata kerja pasif
b) Ayat pasif dengan kata ganti nama
diri pertama dan kedua
c) Ayat pasif dengan perkataan kena
yang hadir sebelum kata kerja.
i) Ayat pasif dengan imbuhan kata kerja pasif
Subjek
|
Kata
Kerja Pasif
|
Oleh
+ Frasa Nama
|
Keterangan
|
(15). Kereta itu
(16).Semak samun
|
sudah dibeli
dibersihkan
|
oleh Amin
oleh pekerja
|
minggu lepas
setiap bulan.
|
ii) Ayat pasif dengan kata ganti nama diri pertama dan kedua
Subjek
|
Frasa
Kerja Pasif dengan Ganti Nama Diri Pertama atau kedua
|
Keterangan
|
(17). Kereta itu
(18). Kuih itu
|
sudah saya bersihkan
belum awak makan
|
pagi tadi.
lagi.
|
iii) Ayat pasif dengan perkataan kena yang hadir sebelum kata kerja
Subjek
|
Kena
|
Kata
Kerja Dasar
|
Oleh+Frasa Nama
|
(19). Rusa itu
(20). Budak itu
|
kena
kena
|
tembak
kejar
|
oleh pemburu.
oleh anjing.
|
3. Jenis Ayat
Ayat dapat
dibahagikan kepada empat jenis;
i) Ayat penyata
ii) Ayat tanya
iii) Ayat
perintah
iv) Ayat seruan
a) Ayat Penyata
Ayat yang diucapkan dengan maksud membuat satu pernyataan. Ayat penyata mempunyai tujuan menyatakan atau memberi keterangan tentang sesuatu hal. Ayat penyata juga dikenali sebagai ayat keterangan.
Contoh:
(21). Amir sudah membeli kasut baru.
(22). Saya sudah makan.
(23). Dia pandai dalam kelas
b) Ayat Tanya
Ayat tanya ialah ayat yang digunakan untuk menanyakan sesuatu hal dengan berdasarkan nada suara dan penggunaan perkataan tertentu. Ayat tanya boleh wujud dengan kata tanya atau tanpa kata tanya.
Contoh :
(24). Di mana kamu tinggal?
(25). Awak tinggal di mana?
(26). Ali sudah makan?
c) Ayat Perintah
Ayat perintah ialah ayat yang diucapkan bertujuan untuk menimbulkan sesuatu tindakan. Perintah ditujukan kepada orang kedua dengan menggunakan kata ganti nama orang kedua seperti awak, kamu, anda, engkau dan sebagainya.
contoh :
(27). Sila duduk tempat kamu sekarang.
(28). Tolong diam.
(29). Sila berbaris dengan lurus.
d) Ayat Seruan
Ayat seruan ialah ayat yang diucapkan dengan membawa nada atau intonasi seruan dengan tujuan melahirkan sesuatu keadaan perasaan seperti marah,takut,gembira,sedih dan sebagainya. Contoh kata seru ialah oh, amboi, wah, cis, aduh dan sebagainya. Menurut Abdullah Hassan (2005), ayat seruan lazimnya tidak sempurna dan menyatakan perasaan sedih, suka, gembira, duka , terkejut, marah, hairan dan lain-lain.
(30). Amboi, cantiknya baju kamu!
(31). Cis, berani awak bercakap bohong dengan saya!
(32). Aduh, sakitnya tangan aku!
No comments:
Post a Comment