Susunan Konstituen Frasa Nama Bahasa Melayu
Konstituen Frasa Nama
Konstituen Frasa Nama dalam tatabahasa Bahasa Melayu mengandungi aspek-aspek yang telah disusun secara sistematik berdasarkan rumus-rumus tatabahasa bahasa Melayu :
·
Peraturan
D-M (Hukum D-M)
·
Kekecualian
Hukum D-M
·
Bilangan
dan panggilan
4.1 Peraturan D – M (Hukum D - M)
Dalam tatabahasa bahasa Melayu, D-M membawa maksud diterangkan (D) dan menerangkan (M). Dalam peraturan ini, unsur yang diterangkan merupakan unsur inti yang hadir pada kedudukan pertama dan unsur menerangkan merupakan unsur penerang yang hadir pada kedudukan yang kedua.
Contoh :
Frasa Nama
|
|
Diterangkan (Inti)
|
Menerangkan (Penerang)
|
Askar
Budak
Pemain
Penarik
Penghantar
Pensyarah
Pakar
Doktor
|
Melayu
lelaki
boling
beca
wanita
psikologi
veterinar
|
Contoh-contoh lain:
- sos cili
(bukan cili sos)
- Restoran Ali ( bukan Ali
Restoran)
- Kedai Makanan Rahim ( bukan Rahim Kedai Makan / Kedai
Makan Rahim)
- pisang goreng
(bukan goreng pisang)
-
kentang goreng ( bukan goreng kentang)
-
cakera padat (bukan padat cakera/compact disc)
-
sup kambing ( bukan kambing sup)
-
nasi goreng (bukan goreng nasi)
4.2 Kekecualian Hukum D - M
Konsep
kekecualian wujud dalam kebanyakan bahasa di dunia bagai merasionalkan
penggunaan sistem bahasa yang sudah lazim dipakai secara mantap dalam
masyarakat pengguna bahasa. Hal yang demikian berlaku disebabkan oleh
kecenderungan pengguna bahasa menggunakan sistem bahasa lain bagi bahasa
sendiri , seperti sesetengan penguna bahasa
Melayu yang gemar menggunakan sistem bahasa Inggeris sebagai kayu ukur
berbahasa. Lama-kelamaan, keadan itu
menjadi perkara lazim dan terhasillah satu fenomena bahasa yang menyimpang dari rumus tatabahasa dalam
konteks hukum D - M.
Selain itu, kekecualian hukum D - M
juga wujud akibat kebiasaan dalam penggunaan, terutama sekali yang melibatkan
pada nama-nama jawatan. Kebiasaan ini mewujudkan kelaziman yang semakin
diterima penggunaannya dalam masyarakat pengguna bahasa.
Contoh:
Penerang (M)
|
Diterangkan
(D)
|
Perdana
Ibu
Naib
Ketua
Timbalan
Naib
Pembantu
|
Menteri
Pejabat
Presiden
Hakim
Perdana
Menteri
Presiden
Penyelaras
|
Namun, hal ini
tidak berlaku pada frasa menteri besar, menteri kanan, menteri pengangkutan,
imam besar, dan seumpamanya.
Contoh
penggunaan dalam ayat:
(12).
Perdana Menteri Malaysia yang pertama ialah YTM Tunku Abdul Rahman.
(13). Ibu
pejabat Kastam daerah Johor Bahru
dipindahkan ke Jalan Aman.
(14).
Ketua Hakim Negara telah bercuti selama dua hari.
(15).
Timbalan Perdana Menteri membuat lawatan kerja ke Syria.
(16).
Jawatan Naib Presiden disandang oleh Dato Hj. Mohd.Ali.
(17). Naib presiden yang baharu telah berucap dalam
majlis perasmian.
(18).
Pembantu penyeldik sedang membuat penganalisisan data kajian.
4 .3 Bilangan dan Panggilan
Kata bilangan yang berfungsi sebagai
penerang dalam frasa nama boleh wujud di hadapan katan nama inti.
(Abdullah Hassan, 2006) Dalam konteks ini, bilangan yang digunakan merujuk
kepada unsur numerik yang menjadi penanda kepada jumlah yang difokuskan dalam
frasa.
Contoh :
lima
ekor kuda
segolongan
kecil peneroka
kelima-lima
pendekar silat
sekumpulan
penyelidik
segelintir
pengundi
sejumlah
wang
sebilangan
besar pekerja
Contoh
ayat:
(19) Lima
ekor kuda telah dibeli oleh Haji Tahir.
(20).
Segolongan kecil peneroka sudah menanam pokok gaharu.
(21).
Kelima-lima pendekar silat itu menunjukkan gaya kepahlawanan.
(22).
Sekumpulan penyelidik sudah mendapat elaun khas.
(23).
Segelinitr pengundi pilihanraya dilihat berlegar-legar di situ.
(24).
Sejumlah wang yang besar diperlukan untuk kos perubatan.
(25).
Sebilangan besar pekerja sudah pulang ke kampung.
Secara
lebih khusus, kata bilangan boleh dibahagikan kepada enam kumpulan berdasarkan
makna (Hashim Hj.Musa, 1993);
i. Kata bilangan
tentu
ii.Kata bilangan
tak tentu
iii.Kata bilangan himpunan
iv.Kata
bilangan pisahan
v.Kata
bilangan pecahan; dan
vi.Kata
bilangan tingkatan
Kata Bilangan
Tentu
Kata
bilangan yang mendukung makna tentu yang menjurus kepada bilangan khusus
terdiri daripada angka yang boleh dilambangkan dengan simbol atau huruf abjad.
Contoh:
satu = 1 empat = IV
dua = 2 sepuluh
= X
Contoh
ayat:
(26).
Konvokesyen ke-2 telah dilaksanakan pada
hari semalam.
(27).
Sukan Asia ke-XIV telah mencatat satu sejarah kegemilangan atlet
Malaysia.
(28). Dollah mendapat tempat ketiga
dalam pertandingan nyanyian.
(29).
Shakira mempunyai empat ekor anak kucing.
(30) Hang Tuah memiliki dua ekor kuda putih .
Kata
Bilangan Tak Tentu
Kata
bilangan yang merujuk kepada jumlah bilangan yang tidak khusus .
Contoh:
Segala, semua , banyak ,sedikit,
beberapa, sekalian, sekelompok.
Contoh
ayat:
(31).
Beberapa orang guru telah ditukarkan ke sekolah pedalaman.
(32).
Kegiatan gotong-royong itu disertai oleh semua penduduk kampung.
(33).
Segala bantuan yang diberikan oleh pihak sekolah amat dihargai.
Kata
Bilangan Himpunan
Kata
bilangan yang merujuk kepada jumlah bilangan yang terhimpun atau terkumpul.
Contoh:
berpuluh-puluh,
berbelas-belas, beratus-ratus, beribu-ribu, kedua-dua, kelima-lima, kesemua.
Contoh
ayat:
(34).
Berpuluh-puluh kenderaan tentera telah bergerak ke sempadan negara.
(35).
Kedua- dua peninju itu telah diberi
penghargaan oleh pihak persatuan.
(36).
Kesemua mangsa banjir telah dipindahkan ke tempat yang selamat.
Kata
Bilangan Pisahan
Kata
bilangan jenis pisahan merujuk kepada unsur pemisahan dalam proses memerihalkan bilangan yang menjadi dasar pokok
pernyataan. Kata jenis ini juga adalah sejumlah perkataan yang menyokong makna
bilangan yang terasing.
Contoh:
masing-masing, setiap, tiap-tiap
Contoh ayat:
(37). Masing-masing ada pendapat yang
tersendiri dalam isu pembangunan
sukan.
(38).
Setiap hari dilalui oleh Pak Malau dengan hati yang tabah.
(39).
Tiap-tiap pasukan mempunyai ketua yang dilantik oleh pihak pengurusan.
Kata Bilangan Pecahan
Kata bilangan jenis pisahan merujuk
kepada unsur pecahan atau pembahagian daripada
jumlah keseluruhannya.
Contoh:
setengah,
separuh, sepertiga, segelintir, sebahagian
Contoh
ayat:
(40).
Setengah daripada kawasan ini adalah milik Tuan Haji Ali.
(41).
Sabar itu adalah separuh daripada iman.
(42).
Sebahagian daripada ahli-ahli persatuan tidak hadir.
Kata
Bilangan Tingkatan
Kata
bilangan tingkatan merujuk kepada sejumlah perkataan yang mendukung makna taraf
tingkatan bilangan.
contoh:
pertama,
kedua, ketiga , keseribu.
contoh
ayat:
(43). Gerai
pertama menjadi perhatian pembeli.
(44).
Dia mampu meraih tempat kedua sahaja dalam pertandingan tersebut.
(45).
Pengunjung keseribu akan diberi hadiah cepu emas.
4.4 Panggilan / Kata Panggilan
Sementara
itu, konsep panggilan ( kata panggilan) merupakan unsur frasa nama yang hadir
sebelum kata nama inti ( Abdullah Hassan, 2008). Jenis-jenis kata
panggilan seperti Tuan, Puan , Tunku, Tun, Haji, Datuk dan seumpamanya lazim
digunakan sebelum kata nama inti. Kata panggilan merupakan satu sistem yang
digunakan dalam bahasa Melayu bagi tujuan penghormatan, pengiktirafan ataupun
penentuan identiti secara lebih khusus.
Contoh:
Datuk
Maharaja Lela Profesor
Ungku Aziz
Datuk
Sagor Tunku Kamalia
Haji
Abdul Rahman Limbong Syed Zain Barakbah
Tuan Adam
Sharifah
Mona Alsagoff
Puan
Mastura Chong Tan Sri Malik Kamal
Contoh
ayat :
(46).
Datuk Maharaja Lela ialah seorang pejuang yang menentang Inggeris di
Perak.
(47).Profesor
Ungku Aziz merupakan seorang pencetus idea penubuhan tabung
pengurusan haji di Malaysia.
(48).
Datuk Sagor harus diingati sebagai seorang pahlawan.
No comments:
Post a Comment