Sunday, 12 January 2014

PROSODI DAN SUPRASEGMENTAL

PROSODI DAN SUPRASEGMENTAL

Pengertian Prosodi dan Suprasegmental :

Definisi prosodi sangat luas, bergantung kepada cara ia berperanan dalam bahasa.    Dalam linguistik prosodi menjelaskan segala perkara yang berkaitan bentuk bunyi bahasa yang dapat didengar di telinga, iaitu yang tidak dapat dijelaskan melalui simbol tulisan. Prosodi berfokus kapada ujaran, iaitu yang berkaitan dengan intonasi dan rima.

Prosodi turut melihat perubahan  kepada kepanjangan suku kata, kelantangan nada dan beberapa perkara yang berkaitan dengan struktur bunyi ujaran yang dilafazkan. Dalam  tulisan  tanda baca seperti tanda noktah, koma, noktah bertindih, koma bernoktah, tanda seru, tanda soal dan sebagainya untuk menandakan sesuatu supaya pembaca peka terhadap keperluan tertentu dalam teks yang dibaca. Dalam bahasa lisan pula kita menggunakan bunyi-bunyi tertentu pada kata, frasa, klausa dan ayat untuk mendapatkan perhatian pendengar.

            Bunyi-bunyi ini bukan ciri-ciri ujaran peringkat individu, tetapi digunakan dalam wacana lisan secara keseluruhan.Bunyi-bunyi ini dinamakan suprasegmental atau bunyi bukan segmental. Antara kesan bunyi-bunyi tersebut ialah tekanan,intonasi, tempo dan rima yang semuanya dikenali sebagai ciri-ciri prosodi.

            Ciri-ciri prosodi bagi sesuatu unit ujaran seperti suku kata, kata, frasa, dan klausa lazimnya dipanggil ciri-ciri suprasegmental. Ini bermakna prosodi dan suprasegmental mempunyai ciri yang dikongsi bersama.

            Sesetengah ahli bahasa menganggap kedua-duanya sama sahaja kerana berkaitan dengan aspek yang bukan segmental seperti fonetik dan fonologi. Ciri-ciri prosodi yang digunakan untuk menandakan ujaran adalah seperti berikut:

a)Tekanan

Tekanan merujuk kepada bunyi kata yang diucapkan lebih lantang daripada yang lain atau pengucapan kata yang dikuatkan.Tekanan digunakan untuk menyampaikan sesuatu maksud seperti hairan atau rasa marah atau sebagai desakan kepada pendengar.Tekanan juga merupkan suatu cara menyebut perkataan, frasa atau ayat dengan memberi penekanan pada tempat tertentu, terutama pada suku kata dengan tujuan untuk menandakan keras atau lembut sesuatu pengucapan.
            Contohnya:
Ø  Prog res
            bermaksud kemajuan (kata nama)
Ø  Pro gres
            bermaksud memajukan (katakerja) Dengan perkataan conduct insult 

Semuanya boleh membawa maksud yang berbeza dalam bahasa Inggeris apabila dipakai tekanan pada suku kata yang berbeza. Lambang bagi tekanan ialah [ ‘ ]. Misalnya [bu’dak], [ker’tas], [me’ja] dan lain-lain.Dalam bahasa Melayu tekanan tidak membezakan bunyi sebagaimana dalam bahasa Inggeris.

 Tujuan tekanan adalah untuk :
      i.        menyedapkan percakapan atau bacaan seperti dalam deklamasi sajak dan pengucapan dialog.
       
     ii.        menandakan tempat atau aspek yang perlu diberi perhatian.




b) Intonasi dan nada
           
Intonasi merupakan keadaan turun naik bunyi atau tinggi rendah suara semasa bercakap. Juga disebut sebagai variasai nada ketika bertutur. Dalam bahasa Melayu intonasi berperanan dalam menetukan jenis ayat yang diujarkan. Contohnya, ayat penyata atau penyampai berita mempunyai intonasi menurun pada bahagian akhir ayat, sementara ayat tanya pula mengunakan intonasinya meninggi pada akhir ayat. Intonasi juga disebut lagu bahasa. Bahasa Melayu terdapat pelbagai intonasi atau lagu yang terdapat dalam ayat. Contohnya ayat berita yang menurun pada akhir ayat, ayat tanya pula meninggi apabila diakhir ayat.
Antara intonasi yang digunakan dalam ujaran ialah:






Tingkat nada dalam intonasi ditandai oleh angka seperti berikut:

       

Ayat penyata biasanya dimulakan dengan nada 2 iaitu bagi menunjukan terdapat permulaan ujaran. Kemudian nada itu akan menaik bila ada tekanan dan turun hingga nada atau angka 1. Contohnya, saya hendak balik. Sehubungan dengan itu, dalam bahasa melayu juga terdapat nada yang tidak fonemik. Hal ini bermaksud bahawa, nada tidak mempunyai sifat-sifat bunyi seperti penghasilan sesuatu fonem Dalam bahasa Melayu nada tidak bersifat fonemik sebagaimana dalam bahasa Cina, sebagaimana contoh berikut:


        ma 1 -- bererti kuda

        ma 2 – bererti emak

        ma 3 – bererti jerami
c)Tempo

Tempo merujuk kepada kadar cepat atau lambat sesuatu percakapan, untuk tujuan atau sebab-sebab yang tertentu. Ia berlaku kerana sesorang itu berhadapan dengan situasi yang menghendaki dia melafazkan ujaran sedemikian rupa. Contohnya apabila sesorang membuat ulasan selari sesuatu pertandingan memerlukan penutur bercakap cepat dengan ujaran yang padat dalam tempoh yang singkat.

            Dalam keadaan tertentu tempo memberi kesan kepada sesuatu makna, iaitu untuk memberi rangsangan dan mendapatkan perhatian.


d) Rima

Rima terhasil daripada penggunaan pola tekanan,tempo dan nada. Secara formal rima terdapat dalam bidang puisi dan muzik. Namun dalam pertuturan biasa juga ada rima, cuma kuarang diberi perhatian. Malah ahli bahasa mengatakan semua ujaran ada rima. Contohnya apabila ujaran itu diulang-ulang dengan menggunakan pola yang sama. Contoh lain, dalam pantun, sajak mahupun syair rima akhir adalah berbeza. Contoh pantun rima akhir mestilah a,b,a,b atau berselang seli contoh
Nasi lemak buah bidara,
Sayang selasih saya lurutkan;
Buang emak buang saudara,
Sebab kasih saya turutkan.
Manakala jika syair pula, rima akhir mestilah sama contoh




e) Mora

Mora juga disebut panjang pendek yang merujuk kepada kadar sesuatu bunyi itu diucapkan. Konsepnya sama dengan ‘harakat’ dalam bahasa Arab. Lambang bagi unsur ini ialah [:] dan disebut mora. Lambang [::] bermaksud dua mora, manakala lambang [.] bermaksud setengah mora. Dalam bahasa Melayu mora kurang berperanan dan tidak membezakan makna sebagaimana dalam bahasa Inggeris dan bahasa Arab. Penggunaan unsure ini lebih ketara dalam bahasa inggeris, misalnya :
Pendek
Panjang
[sit] – sit (duduk)
[si:t] – seat ( tempat duduk)
[full] – full (penuh)
[fu:l] – fool ( bodoh )

f) Jeda

Jeda disebut sebagai persendian. Unsur ini digunakan untuk memisahkan elemen-elemen linguistik seperti perkataan, rangkai kata atau ayat. Dalam ujaran, jeda digunakan sebagai hentian sebentar. Lambang jeda ialah [#] dan apabila digunakan jeda boleh membawa makna yang berbeza. Lambang jeda yang digunakan bagi menunjukkan pemisahan antara suku kata atau perkataan ialah [+]. Dalam bahasa Melayu, lambang ini juga berfungsi bagi membezakan makna. 

Dalam ujaran atau pertuturan jeda berperanan sebagai hentian sebentar. Lambang jeda ialah [=]. Sebagai contoh lihat ayat berikut

i.        [= saya minum susu lembu =]

(Bermakna orang yang bercakap itu memberi tahu dia minum susu lembu)
ii.        [= saya minum susu = lembu]
iii.        (Bermakna  orang yang bercakap itu memberitahu orang yang dilawan bercakap, iaitu lembu bahawa dia minum susu) 

Lambang jeda untuk memisahkansuku kata atau perkataan ialah [+] . Dalam bahasa Melayu lambang ini berfungsi membezakan makna. Contohnya:

  Berikan:    ber + ikan (bermaksud mempunyai ikan)

                          beri + kan (bermaksud menyerahkan)    



Kepentingan Suprasegmental dalam Pengajaran Kemahiran Lisan

Memahami fungsi suprasegmental dalam pengajaran kemahiran lisan amat penting bagi para guru agar dapat memberikan kefahaman yang baik kepada para murid dan seterusnya menjadikan system pengajaran dan pembelajaran lebih berkesan agar apa yang disampaikan oleh guru dapat difahami dan murid boleh menggunakan cirri-ciri suprasegmental yang betul dalam penggunaan penuturan bahasa Melayu. Antara kepentingan suprasegmental dalam Pengajaran Kemahiran Lisan adalah seperti berikut;

a.    Memahami penggunaan intonasi
Memahami penggunaan intonasi yang betul apabila bercakap atau berucap di kalangan orang ramai mengikut kesesuaian apa yang ingin diujarkan. Contohnya tekanan merujuk bagaimana seseorang individu itu dapat menggunakan intonasi – intonasi yang betul ketika bercakap atau berucap berkenaan dengan sesuatu perkara. Lazimnya ucapan yang berunsur pengajaran biasanaya menggunakan intonasi yang lembut dan tidak keras. Manakala, dalam ucapan berunsur politik umpamanya biasanya menggunakan ujaran – ujaran yang agar keras intonasinya kerana penyampaiannya agenda dan perkara yang ingin disampaikan perlu ditekankan dengan lebih baik lagi.

b.    Tatabahasa
Melalui pengajaran tatabahasa fonem suprasegmental amat penting terutamanya untuk membezakan maksud ayat. Contohnya seperti ayat di bawah
                                       i.        # Emak makan nasi adik #
                                      ii.        # Emak makan nasi # adik

Melalui kedua-dua ayat yang diberikan di atas,walaupun ayatnya adalah sama tetapi dengan penggunaan lambang jeda ( # )menjadikan ayat tersebut mempunyai maksud yang berbeza. Ayat pertama # Emak makan nasi adik # bermaksud emak makan nasi kepunyaan adik iaitu ayat penyata. Manakala bagi ayat kedua pula iaitu # Emak makan nasi # adik bermaksud memberitahu adik bahawa emak sedang makan nasi iaitu kata kerja.

c.    Membezakan makna ayat
Ianya juga merupakan kepentingan suprasegmental dalam pengajaran lisan. Ini bermakna para murid akan diberi kefahaman tentang perbezaan perkataan yang lazimnya mempunyai makna yang berbeza tetapi mempunyai sebutan dan ejaan yang sama. Contohnya perkataan “mereka” merujuk kepada beberapa orang, manakala dengan ejaan yang sama “mereka” juga membawa makna mencipta sesuatu yang baru. Dengan mempelajari suprasegmental dalam bahasa akan memudahkan penyampaian makna yang ingin disampaikan.

d.    Kelancaran
Kelancaran bermaksud boleh bertutur atau bercakap dengan baik dan kemas. Seseorang murid itu tidak akan menghadapi sebarang masalah atau gangguan semasa percakapan itu 31 berlangsung. Murid boleh mengeluarkan idea, pendapat, dan pandangan dengan baik dan menuturkan idea, pendapat, dan pandangan itu dalam bahasa yang kemas, licin, dan teratur.

e.    Kefasihan
Kefasihan bererti boleh bercakap bukan sahaja dalam bentuk yang kemas, teratur, dan lancar tetapi boleh membunyikan kata atau menyebut perkataan yang dituturkan itu secara tepat dan jelas. Pada peringkat rendah lagi murid-murid telah diajar mengenal bunyi setiap huruf, suku kata, perkataan, rangkai kata, dan ayat. Mereka kemudian dilatih menyebut aspek-aspek tersebut.Semua ini bertujuan untuk melatih murid-murid supaya dapat menyebut sesuatu dengan tepat dan seperti yang sepautnya.Mereka harus boleh menyebut dengan betul mengikut bunyi, ejaan, dan makna.

f.     Memudahkan kefahaman murid
Dalam pengajaran dan pembelajaran apabila mereka dapat mengetahui dan memahami perbezaan – perbezaan yang wujud dalam sistem bahasa itu sendiri secara khusus.

g.    Laras Bahasa
Bagi laras bahasa pula fonem suprasegmental amat penting untuk membezakan jenis-jenis laras bahasa yang digunakan. Ciri fonem suprasegmental iaitu intonasi boleh digunakan untuk mengajar laras bahasa yang berbeza. Contohnya untuk mengajar pantun, puisi, dan sajak.Apabila seseorang itu berbicara, ia akan menggunakan bahasa sebagai alat menyatakan perasaannya seperti suka, kasih sayang,marah, benci dan lain-lain. Dalam hal ini penggunaan nada suara itu penting seperti intonasi, tekanan dan jeda.Pada aspek keindahan pula, seseorang itu menggunakan bahasa untuk menyampaikan nyanyian, puisi, pantun dansebagainya dalam bahasa yang puitis.






No comments:

Post a Comment