PROSODI DAN
SUPRASEGMENTAL
Pengertian Prosodi dan
Suprasegmental :
Definisi prosodi
sangat luas, bergantung kepada cara ia berperanan dalam
bahasa. Dalam linguistik prosodi menjelaskan segala
perkara yang berkaitan bentuk bunyi bahasa yang dapat didengar di telinga,
iaitu yang tidak dapat dijelaskan melalui simbol tulisan. Prosodi berfokus kapada ujaran, iaitu yang berkaitan
dengan intonasi dan rima.
Prosodi
turut melihat perubahan kepada kepanjangan suku kata, kelantangan
nada dan beberapa perkara yang berkaitan dengan struktur bunyi ujaran yang
dilafazkan. Dalam tulisan tanda baca seperti
tanda noktah, koma, noktah bertindih, koma bernoktah, tanda seru, tanda soal
dan sebagainya untuk menandakan sesuatu supaya pembaca peka terhadap keperluan tertentu
dalam teks yang dibaca. Dalam bahasa lisan pula kita menggunakan bunyi-bunyi
tertentu pada kata, frasa, klausa dan ayat untuk mendapatkan perhatian
pendengar.
Bunyi-bunyi ini bukan
ciri-ciri ujaran peringkat individu, tetapi digunakan dalam wacana lisan secara
keseluruhan.Bunyi-bunyi ini dinamakan suprasegmental atau bunyi bukan
segmental. Antara kesan
bunyi-bunyi tersebut ialah tekanan,intonasi, tempo dan rima yang semuanya
dikenali sebagai ciri-ciri prosodi.
Ciri-ciri prosodi bagi
sesuatu unit ujaran seperti suku kata, kata, frasa, dan klausa lazimnya
dipanggil ciri-ciri suprasegmental. Ini bermakna prosodi dan suprasegmental
mempunyai ciri yang dikongsi bersama.
Sesetengah ahli bahasa
menganggap kedua-duanya sama sahaja kerana berkaitan dengan aspek yang bukan
segmental seperti fonetik dan fonologi. Ciri-ciri prosodi yang
digunakan untuk menandakan ujaran adalah seperti berikut:
a)Tekanan
Tekanan
merujuk kepada bunyi kata yang diucapkan lebih lantang daripada yang lain atau
pengucapan kata yang dikuatkan.Tekanan digunakan untuk menyampaikan sesuatu
maksud seperti hairan atau rasa marah atau sebagai desakan kepada
pendengar.Tekanan juga merupkan suatu cara menyebut perkataan, frasa atau ayat
dengan memberi penekanan pada tempat tertentu, terutama pada suku kata dengan
tujuan untuk menandakan keras atau lembut sesuatu pengucapan.
Contohnya:
Ø Prog res
bermaksud
kemajuan (kata nama)
Ø Pro gres
bermaksud
memajukan (katakerja) Dengan perkataan conduct insult
Semuanya boleh membawa maksud yang berbeza
dalam bahasa Inggeris apabila dipakai tekanan pada suku kata yang berbeza. Lambang bagi tekanan
ialah [ ‘ ]. Misalnya [bu’dak], [ker’tas], [me’ja] dan lain-lain.Dalam bahasa
Melayu tekanan tidak membezakan bunyi sebagaimana dalam bahasa Inggeris.
Tujuan tekanan
adalah untuk :
i.
menyedapkan
percakapan atau bacaan seperti dalam deklamasi sajak dan pengucapan dialog.
ii.
menandakan
tempat atau aspek yang perlu diberi perhatian.
b) Intonasi dan
nada
Intonasi merupakan
keadaan turun naik bunyi atau tinggi rendah suara semasa bercakap. Juga disebut
sebagai variasai nada ketika bertutur. Dalam bahasa Melayu
intonasi berperanan dalam menetukan jenis ayat yang diujarkan. Contohnya, ayat
penyata atau penyampai berita mempunyai intonasi menurun pada bahagian akhir
ayat, sementara ayat tanya pula mengunakan intonasinya meninggi pada akhir
ayat. Intonasi juga disebut lagu bahasa. Bahasa Melayu terdapat pelbagai
intonasi atau lagu yang terdapat dalam ayat. Contohnya ayat berita yang menurun
pada akhir ayat, ayat tanya pula meninggi apabila diakhir ayat.
Antara intonasi yang
digunakan dalam ujaran ialah:
Tingkat nada dalam
intonasi ditandai oleh angka seperti berikut:
Ayat
penyata biasanya dimulakan dengan nada 2 iaitu bagi menunjukan terdapat
permulaan ujaran. Kemudian nada itu akan menaik bila ada tekanan dan turun
hingga nada atau angka 1. Contohnya, saya hendak balik. Sehubungan dengan itu,
dalam bahasa melayu juga terdapat nada yang tidak fonemik. Hal ini bermaksud
bahawa, nada tidak mempunyai sifat-sifat bunyi seperti penghasilan sesuatu
fonem Dalam bahasa Melayu nada tidak bersifat fonemik sebagaimana dalam bahasa
Cina, sebagaimana contoh berikut:
ma
1 -- bererti kuda
ma
2 – bererti emak
ma
3 – bererti jerami
c)Tempo
Tempo
merujuk kepada kadar cepat atau lambat sesuatu percakapan, untuk tujuan atau
sebab-sebab yang tertentu. Ia berlaku kerana sesorang itu berhadapan dengan
situasi yang menghendaki dia melafazkan ujaran sedemikian rupa. Contohnya apabila sesorang membuat ulasan selari
sesuatu pertandingan memerlukan penutur bercakap cepat dengan ujaran yang padat
dalam tempoh yang singkat.
Dalam keadaan tertentu
tempo memberi kesan kepada sesuatu makna, iaitu untuk memberi rangsangan dan
mendapatkan perhatian.
d) Rima
Rima
terhasil daripada penggunaan pola tekanan,tempo dan nada. Secara formal rima
terdapat dalam bidang puisi dan muzik. Namun dalam pertuturan biasa juga ada
rima, cuma kuarang diberi perhatian. Malah ahli bahasa mengatakan semua ujaran
ada rima. Contohnya apabila ujaran itu diulang-ulang dengan menggunakan pola
yang sama. Contoh lain, dalam pantun, sajak mahupun syair rima akhir adalah
berbeza. Contoh pantun rima akhir mestilah a,b,a,b atau berselang seli contoh
Nasi lemak buah bidara,
Sayang selasih saya lurutkan;
Buang emak buang saudara,
Sebab kasih saya turutkan.
Manakala jika syair pula, rima akhir mestilah sama contoh
e) Mora
Mora
juga disebut panjang pendek yang merujuk kepada kadar sesuatu bunyi itu
diucapkan. Konsepnya sama dengan ‘harakat’ dalam bahasa Arab. Lambang bagi
unsur ini ialah [:] dan disebut mora. Lambang [::] bermaksud dua mora, manakala
lambang [.] bermaksud setengah mora. Dalam bahasa Melayu
mora kurang berperanan dan tidak membezakan makna sebagaimana dalam bahasa
Inggeris dan bahasa Arab. Penggunaan unsure ini lebih ketara dalam bahasa
inggeris, misalnya :
Pendek
|
Panjang
|
[sit] – sit (duduk)
|
[si:t] – seat (
tempat duduk)
|
[full] – full
(penuh)
|
[fu:l] – fool (
bodoh )
|
f) Jeda
Jeda disebut sebagai persendian. Unsur ini digunakan untuk
memisahkan elemen-elemen linguistik seperti perkataan, rangkai kata atau ayat.
Dalam ujaran, jeda digunakan sebagai hentian sebentar. Lambang jeda ialah [#]
dan apabila digunakan jeda boleh membawa makna yang berbeza. Lambang jeda yang
digunakan bagi menunjukkan pemisahan antara suku kata atau perkataan ialah [+].
Dalam bahasa Melayu, lambang ini juga berfungsi bagi membezakan makna.
Dalam ujaran atau
pertuturan jeda berperanan sebagai hentian sebentar. Lambang jeda ialah [=].
Sebagai contoh lihat ayat berikut
i.
[=
saya minum susu lembu =]
(Bermakna orang yang
bercakap itu memberi tahu dia minum susu lembu)
ii.
[=
saya minum susu = lembu]
iii.
(Bermakna orang
yang bercakap itu memberitahu orang yang dilawan bercakap, iaitu lembu bahawa
dia minum susu)
Lambang jeda untuk
memisahkansuku kata atau perkataan ialah [+] . Dalam bahasa Melayu lambang ini
berfungsi membezakan makna. Contohnya:
Berikan: ber
+ ikan (bermaksud mempunyai ikan)
beri
+ kan (bermaksud menyerahkan)
Kepentingan Suprasegmental dalam
Pengajaran Kemahiran Lisan
Memahami fungsi suprasegmental dalam
pengajaran kemahiran lisan amat penting bagi para guru agar dapat memberikan
kefahaman yang baik kepada para murid dan seterusnya menjadikan system
pengajaran dan pembelajaran lebih berkesan agar apa yang disampaikan oleh guru
dapat difahami dan murid boleh menggunakan cirri-ciri suprasegmental yang betul
dalam penggunaan penuturan bahasa Melayu. Antara kepentingan suprasegmental
dalam Pengajaran Kemahiran Lisan adalah seperti berikut;
a.
Memahami
penggunaan intonasi
Memahami penggunaan intonasi yang
betul apabila bercakap atau berucap di kalangan orang ramai mengikut kesesuaian
apa yang ingin diujarkan. Contohnya tekanan merujuk bagaimana seseorang
individu itu dapat menggunakan intonasi – intonasi yang betul ketika bercakap
atau berucap berkenaan dengan sesuatu perkara. Lazimnya ucapan yang berunsur
pengajaran biasanaya menggunakan intonasi yang lembut dan tidak keras.
Manakala, dalam ucapan berunsur politik umpamanya biasanya menggunakan ujaran –
ujaran yang agar keras intonasinya kerana penyampaiannya agenda dan perkara
yang ingin disampaikan perlu ditekankan dengan lebih baik lagi.
b. Tatabahasa
Melalui
pengajaran tatabahasa fonem suprasegmental amat penting terutamanya untuk
membezakan maksud ayat. Contohnya seperti ayat di bawah
i.
#
Emak makan nasi adik #
ii.
#
Emak makan nasi # adik
Melalui kedua-dua ayat yang diberikan
di atas,walaupun ayatnya adalah sama tetapi dengan penggunaan lambang jeda ( #
)menjadikan ayat tersebut mempunyai maksud yang berbeza. Ayat pertama # Emak
makan nasi adik # bermaksud emak makan nasi kepunyaan adik iaitu ayat penyata.
Manakala bagi ayat kedua pula iaitu # Emak makan nasi # adik bermaksud
memberitahu adik bahawa emak sedang makan nasi iaitu kata kerja.
c. Membezakan makna ayat
Ianya juga merupakan
kepentingan suprasegmental dalam pengajaran lisan. Ini bermakna para murid akan
diberi kefahaman tentang perbezaan perkataan yang lazimnya mempunyai makna yang
berbeza tetapi mempunyai sebutan dan ejaan yang sama. Contohnya perkataan
“mereka” merujuk kepada beberapa orang, manakala dengan ejaan yang sama
“mereka” juga membawa makna mencipta sesuatu yang baru. Dengan mempelajari
suprasegmental dalam bahasa akan memudahkan penyampaian makna yang ingin
disampaikan.
d. Kelancaran
Kelancaran
bermaksud boleh bertutur atau bercakap dengan baik dan kemas. Seseorang murid
itu tidak akan menghadapi sebarang masalah atau gangguan semasa percakapan itu
31 berlangsung. Murid boleh mengeluarkan idea, pendapat, dan pandangan dengan
baik dan menuturkan idea, pendapat, dan pandangan itu dalam bahasa yang kemas,
licin, dan teratur.
e. Kefasihan
Kefasihan
bererti boleh bercakap bukan sahaja dalam bentuk yang kemas, teratur, dan
lancar tetapi boleh membunyikan kata atau menyebut perkataan yang dituturkan
itu secara tepat dan jelas. Pada peringkat rendah lagi murid-murid telah diajar
mengenal bunyi setiap huruf, suku kata, perkataan, rangkai kata, dan ayat.
Mereka kemudian dilatih menyebut aspek-aspek tersebut.Semua ini bertujuan untuk
melatih murid-murid supaya dapat menyebut sesuatu dengan tepat dan seperti yang
sepautnya.Mereka harus boleh menyebut dengan betul mengikut bunyi, ejaan, dan
makna.
f. Memudahkan kefahaman murid
Dalam
pengajaran dan pembelajaran apabila mereka dapat mengetahui dan memahami
perbezaan – perbezaan yang wujud dalam sistem bahasa itu sendiri secara khusus.
g. Laras
Bahasa
Bagi laras
bahasa pula fonem suprasegmental amat penting untuk membezakan jenis-jenis
laras bahasa yang digunakan. Ciri fonem suprasegmental iaitu intonasi boleh
digunakan untuk mengajar laras bahasa yang berbeza. Contohnya untuk mengajar
pantun, puisi, dan sajak.Apabila seseorang itu berbicara, ia akan menggunakan
bahasa sebagai alat menyatakan perasaannya seperti suka, kasih sayang,marah,
benci dan lain-lain. Dalam hal ini penggunaan nada suara itu penting seperti
intonasi, tekanan dan jeda.Pada aspek keindahan pula, seseorang itu menggunakan
bahasa untuk menyampaikan nyanyian, puisi, pantun dansebagainya dalam bahasa
yang puitis.